ARTIKEL

Spekulasi ‘Messi’ ke Perak FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi memperkuatkan Perak FC pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Yusri berkata ketika ini tiada perbincangan dilakukan dengan bekas pemain kebangsaan berusia 31 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.
“Ia hanya bersifat khabar angin dan kalau mahu tahu situasi ini dengan lebih terperinci boleh tanyakan kepada pihak pengurusan kerana perkara itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Sebelum ini tular di media sosial bahawa Muhammad Faiz yang beraksi sebagai pemain berstatus pinjaman di Kelantan United FC pada musim ini, hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Perak.
Muhammad Faiz atau lebih dikenali sebagai ‘Messi’ mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan selain pernah menyarung jersi Kelab Bola Sepak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Felcra FC, Selangor FC dan Terengganu FC.

Selain itu, The Bos Gaurus telah berjaya menandatangani dua bekas pemain kebangsaan bawah 23 tahun iaitu Tommy Mawat Bada dari Negeri Sembilan FC serta Nur Azfar Fikri Azhar yang beraksi bersama Terengganu FC musim lepas.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil