Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Spesies ikan tercantik didunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

IKAN Mandarin atau nama saintifiknya Synchiropus Splendidus ialah ikan paling cantik di dunia.

Mandarin merupakan salah satu spesies ikan laut paling menarik pernah ditemui di lautan dengan seluruh badannya terdiri daripada garis berliku-liku, oren, biru dan hijau.

Spesies ini antara ikan akuarium yang aktif, sentiasa tenang serta melakukan pergerakan yang amat pantas ketika di dalam air.

Lazimnya spesies ini dikenali sebagai Mandarin Goby dan ikan Mandarin berasal dari Lautan Pasifik, Kepulauan Ryukyu dan Australia.

Ikan ini juga banyak ditemui di perairan Buton, Sulawesi Tenggara. Corak dan warna tubuh ikan mandarin ini dilihat sangat menarik kerana mempunyai pola seakan-akan seperti kain batik.

Uniknya, spesies ini memiliki tubuh yang memanjang, dengan panjangnya sekitar 6sm hingga 7sm serta memiliki dua sirip pada bahagian belakangnya.

….Untuk maklumat selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News