SPM 2021 ditunda ke Februari dan Mac 2022

PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam.

Beliau berkata, ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu setelah mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.

“Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah.

Radzi berkata, pelaksanaan SPM 2020 adalah mencabar kerana kali pertama dilakukan sejak negara merdeka dengan terlalu banyak penambahbaikan perlu di buat serta melibatkan jumlah petugas yang ramai iaitu kira-kira 48,000 orang.

“Dalam pelaksanaan ini, belum ada dalam sejarah macam mana melaksanakan SPM dalam pandemik.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Jun 2021

Suara Sarawak