ARTIKEL

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr Azhar Ahmad.

SPM 2023: Pencapaian GPN Sarawak catat 4.92 mata, terbaik setakat ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencapaian gred purata negeri (GPN) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak iaitu sebanyak 4.92 mata bagi sesi 2023 adalah yang terbaik sejak kali pertama ujian ini diadakan.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, ini kali pertama GPN mencapai nilai di bawah 5 mata.

Menurutnya lagi, GPN merekodkan peningkatan sebanyak 0.15 mata berbanding tahun sebelumnya (2022) yang mencatat 5.07 mata.

“Untuk itu, saya berbesar hati mengumumkan bahawa pencapaian calon SPM pada tahun 2023 bagi negeri Sarawak adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Ini merupakan gred terbaik pernah dicapai dalam tempoh sedekad sepanjang pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah disyaratkan sebagai subjek wajib lulus SPM sejak daripada tahun 2013.

“Bahkan, juga terbaik sejak SPM bermula kerana ini kali pertama kita dapat melepasi nilai di bawah 5 mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan sidang media sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Peringkat Negeri di Jabatan Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa menjadi hasrat Jabatan Pendidikan Negeri untuk mencapai sasaran berkenaan.

“Di bawah pelan strategik jabatan ini, kita memang menyasarkan peningkatan GPN secara berterusan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Sebenarnya, apa yang kita capai kali ini (4.92 mata) ini lebih baik daripada sasaran asal dalam plan strategik iaitu 4.94 mata. Kita berjaya mencapai lebih baik daripada sasaran asal,” ujarnya.

Sementara tambahnya, pihak jabatan akan memperkasakan lagi usaha bagi mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar pada tahun mendatang.

Katanya, jurang bagi kedua-dua kawasan masih melebar dan tumpuan akan diberikan kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar susulan sebahagian besar sekolah berada di kawasan berkenaan.

“Kita ada strategi khusus untuk membantu sekolah di kawasan luar bandar untuk meningkatkan pencapaian mereka agar menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang.

“Antaranya termasuk mengadakan dialog prestasi berfokus untuk sekolah di kawasan luar bandar di daerah-daerah tertentu.

“Kemudian peningkatan dari segi jumlah kelas tuisyen seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun lepas.

Pada tahun ini, kita akan memperkasakan lagi kelas-kelas bimbingan di kawasan luar bandar,” jelasnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan