SPM: GPN Sarawak meningkat

KUCHING: Gred Purata Negeri (GPN) bagi calon SPM 2020 lebih baik berbanding SPM 2019. Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Norisah Suhaili berkata, GPN bagi SPM Sarawak tahun 2019 5.18 manakala bagi 2020 ialah 5.07.

Katanya lagi, pencapaian lebih baik dibandingkan dengan tahun 2019 apabila angka semakin kecil menunjukkan keputusan semakin baik.

“Peratus cemerlang SPM 2020 Sarawak sebanyak 1.89 peratus berbanding 1.74 peratus bagi SPM 2019. “Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.15 peratus,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambah Norisah, peratus lulus atau layak sijil SPM 2020 Sarawak adalah 87.83 peratus berbanding 84.61 peratus bagi SPM 2019. “Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak 3.22 peratus.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

Suara Sarawak