ARTIKEL

SPM titik perubahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEJAK keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, ramai calon mencari tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara pilihan meneruskan pelajaran adalah dari segi akademik dan kemahiran seperti Sarawak Skill, Centexs dan sebagainya.

Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang ingin terus bekerja kerana tidak minat belajar atau faktor kewangan yang mendesak.

Agak menyedihkan sekiranya terdengar kenalan kita yang terpaksa mengorbankan cita-cita kerana tidak mampu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Secara peribadi, jika mempunyai masalah kewangan, saya berpendapat lebih baik untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Tingkatan Enam.

Ini kerana, kos pengajian untuk STPM lebih murah berbanding institusi lain.

Bukan itu sahaja, tempoh pengajian juga lebih singkat berbanding di tempat lain — hanya tiga semester yang memakan masa selama setahun setengah.

Dalam tempoh pengajian juga, pelajar didedahkan dengan kehidupan di universiti kerana Tingkatan Enam juga digelar sebagai prauniversiti.

Walaupun ada yang mengatakan STPM lebih susah daripada mana-mana peperiksaan, tetapi saya yakin dengan kesungguhan menuntut ilmu, peperiksaan tersebut dipermudah sebagai tiket ke peringkat seterusnya.

Baca lain  Ejen bantu jualan

SENTIASA ADA PILIHAN

Bagi mereka yang tidak melepasi sasaran semasa mengambil STPM, tidak bermakna anda gagal dalam kehidupan.

Mengambil contoh rakan sekelas, apabila keputusan STPM tidak melepasi sasaran, dia menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran dan kini mempunyai kerja tetap dalam kemahiran yang diambilnya.

Sebelum saya mengambil keputusan meneruskan Tingkatan Enam, ramai yang mengatakan rugi jika mengambil STPM sekiranya daripada aliran sains tulen kemudian belajar sains sosial kemanusiaan.

Tidak kurang juga yang mengatakan Tingkatan Enam hanya ‘hotel’ dan tempat persinggahan sementara menunggu permohonan kemasukan pelajar (UPU).

Persepsi ini tidak seharusnya meracuni fi kiran lepasan SPM terutama mereka yang berniat menyambung pelajaran dan mengambil STPM.

Masih banyak pilihan untuk menimba ilmu, SPM merupakan titik perubahan untuk pelajar menjalani kehidupan sebenar.

IKUT POTENSI DIRI

Jika tidak berminat dalam bidang akademik, bidang kemahiran juga sangat penting pada masa ini dan terbukti apabila kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah sebanyak 90.4 peratus setakat Februari tahun ini.

Baca lain  Bukit Selabat permata tersembunyi di Sarawak

Jadi, kepada lepasan SPM 2022, anda berhak memilih laluan kejayaan dan meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa mendengar kata-kata orang sekeliling terutama mereka yang memandang rendah sesebuah tempat untuk menuntut ilmu.

Ini kerana, kita sendiri yang memilih laluan selepas SPM untuk jangka masa panjang.

Begitu juga kepada mereka yang memilih terus bekerja selepas SPM, selagi kita masih boleh berkhidmat kepada masyarakat dan tidak menyusahkan orang lain, teruskan.

Oleh itu, sebelum memilih tempat untuk meneruskan pelajaran atau pekerjaan, carilah sedikit maklumat berkenaan tempat tersebut supaya mudah menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baharu kelak.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,