ARTIKEL

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun bincang tarikh PRK Sungai Bakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun akan datang bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lepas.

Beliau berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya.

Ikmalrudin berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu tamat.

Pada 24 Mei lepas, Nor Zamri, 56, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan telah menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak awal bulan ini.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose, dengan majoriti 1,563 undi. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kekalkan keamanan dan kestabilan politik – Tiong Sii

SARIKEI: Kestabilan kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan pelbagai agenda pembangunan berteraskan kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat