HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

SPR: Semak nama anda dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Warganegara berumur 18 tahun yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diminta menyemak nama dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari Tahun 2022 (DPT BLN2/2022).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN2/2022 yang telah diperaku pada 15 Mac itu telah diwartakan hari ini.

“Daftar pemilih ini dibuka selama 30 hari mulai hari ini hingga 14 April depan untuk semakan dan mengandungi nama bagi 38,004 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Feb 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

“Manakala 11,385 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 5,839 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sekiranya orang ramai mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN2/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPRN) yang berkenaan.

Katanya lagi, SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN2/2022 iaitu menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi PPRN di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal PPRN di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PRN berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN2/2022,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Ranking naik 138?

SKUAD Harimau Malaya bakal memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak