ARTIKEL

SPR: Tempoh bantahan dan sokongan persempadanan berakhir esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peluang orang ramai untuk menyuarakan bantahan atau sokongan terhadap syor persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-7 hanya berbaki sehingga jam 5 petang esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, tempoh pameran syor Kajian Semula Persempadanan (KSP) Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri Sarawak Ke-7 akan berakhir pada 30 September 2026.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mengemukakan representasi terhadap syor berkenaan perlu berbuat demikian sebelum tempoh yang ditetapkan berakhir.

“Representasi boleh dikemukakan dalam bentuk bantahan atau sokongan terhadap syor persempadanan yang sedang dipamerkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, representasi hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh dihantar secara dalam talian menerusi pautan myst.spr.gov.my.

Katanya, representasi juga boleh dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum atau pada jam 5 petang, 30 September.

“Bagi mereka yang memilih untuk menyerahkan representasi secara fizikal, dokumen lengkap boleh dihantar secara serahan tangan ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak di Tingkat 11, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, di sini.

“Tempoh pameran syor KSP berkenaan telah bermula sejak 1 September lalu dan kini memasuki fasa akhir sebelum tempoh representasi ditutup,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Shahril mengingatkan orang ramai supaya memastikan representasi dikemukakan mengikut saluran yang ditetapkan dalam tempoh berkenaan.

Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan urusan mengemukakan representasi boleh diajukan kepada Hotline KSP Sarawak di talian 082-254 233.

“Orang ramai juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel ksp@spr.gov.my.

“KSP berkenaan membabitkan kajian semula persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri Sarawak Ke-7.

“Sebarang representasi, sama ada bantahan atau sokongan, perlu diterima sebelum jam 5 petang esok bagi membolehkan ia dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira