ARTIKEL

SPRM jejaki dalang utama kes ‘kontena terbang’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura dalam usaha menjejak seorang warganegara berkenaan yang disyaki dalang utama kes kontena lari cukai (“kontena terbang”).

Sumber SPRM ketika dihubungi berkata berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah meninggalkan negara berkenaan dan usaha untuk menjejak beliau sedang dijalankan.

“SPRM juga sedang memohon Mutual Legal Assistance dengan pihak berkuasa Singapura yang merupakan proses penting dalam siasatan kes ini berikutan ia melibatkan suspek bukan warganegara,” kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Khamis lepas, tujuh individu termasuk pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terlibat dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor ditahan dalam Op Transit.

Kesemua yang ditahan itu disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan JKDM pada Rabu lepas berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import.

Daripada pemeriksaan yang dibuat, sebanyak lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED), lampu solar dan tin daging babi yang diproses.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke