ARTIKEL

SPRM mohon tahanan reman pasangan pempengaruh seleweng wang kutipan derma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah tahanan reman terhadap pasangan suami isteri pempengaruh media sosial dipercayai terlibat dalam isu penyelewengan wang kutipan derma.

Sumber memaklumkan permohonan reman terhadap pasangan yang telah ditahan itu akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, ‪Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumahtangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Nafsu’ kisah misteri siri Viu Original

DRAMA bersiri ‘Nafsu’ merupakan siri Viu Original terbaharu terbitan Infinitus Productions yang diarahkan oleh Sein Qudsi. Ia menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Azira Shafi naz,

Zii Jia lebih tenang hadapi Olimpik

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, bersedia membawa semua tenaga dan aura positif ke pentas Sukan Olimpik 2024 Paris yang membuka tirainya secara