ARTIKEL

SPRM mulakan siasatan penggunaan wang RM700 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SPRM memulakan siasatan awal berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu, bagi tujuan promosi dan publisiti agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Sumber memaklumkan SPRM ke Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, untuk memulakan siasatan dan mengumpulkan maklumat selain mendapatkan dokumen berkaitan.

Menurut sumber itu, siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran pada November lepas yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan untuk tujuan berkenaan.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU