Trending

SPRM nafi tangkap, kejar Voon Lee Shan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menafikan melakukan tangkapan ke atas Presiden Parti Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan.

Malah, katanya dakwaan berlaku adegan kejar mengejar dengan Voon juga adalah tidak benar.

Sebaliknya, SPRM menjelaskan pihak SPRM hanya menyampaikan notis pemakluman untuk Voon memberikan kerjasama dalam siasatan berhubung klip video yang telah disebarkan olehnya dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12.

“Pihak SPRM Kuching Sarawak juga telah beberapa kali cuba menghubungi beliau namun gagal.

“Pada 12 Disember 2021, pihak SPRM telah mengesan dan berjumpa dengan beliau di sekitar Kenyalang Park.

“Pihak SPRM menjelaskan kepada beliau tentang keperluan untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

“Beliau juga turut diserahkan notis hadir pemeriksaan Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 sebagaimana kehendak undang-undang,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah Voon juga telah memberi kerjasama dan telah menghadirkan diri ke pejabat SPRM Kuching pada pagi hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru