ARTIKEL

Sri Aman bakal menjadi pengeluar padi dari Vietnam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Bahagian Sri Aman bakal menjadi pengeluar padi berkualiti tinggi dari Vietnam yang boleh dituai tiga kali setahun menggunakan cara pertanian moden.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan laluan baharu ke bandar Simanggang membuka banyak kawasan untuk pertanian.

Selepas ini menurutnya, orang ramai bukan sahaja boleh masuk ke bandar Simanggang melalui Lebuh Raya Pan Borneo sahaja, tetapi ada jalan baharu dari Samarahan ke Sebuyau, Sebuyau ke Lingga, Lingga ke Banting terus ke Simanggang.

“Selain itu, dari Betong melalui Jambatan Batang Lupar II dan ini bermakna kita dapat membuka kawasan untuk pertanian moden.

“Kita telah mengenal pasti bahawa kawasan Sri Aman boleh mengeluarkan padi dan beras. Tetapi bukan menggunakan cara lama, sebaliknya cara baharu.

“Seperti di Lubok Punggur, Gedong menggunakan benih padi dari Vietnam, yang mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh masa tiga bulan.

“Ini bermakna beras dapat dikeluarkan dalam masa tiga bulan dan jika ia boleh dituai tiga bulan sekali, maka dalam setahun sekurang-kurangnya boleh mengeluarkan padi sebanyak tiga kali.

“Akhirnya, Sri Aman boleh menghasilkan pendapatan tiga kali ganda dengan beras spesies baharu (dari Vietnam),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Pesta Benak Sri Aman Edisi Ke-20 2023 di tebingan Batang Lupar, semalam.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku