ARTIKEL

Laman sesawang Pusat Pakar Meteorologi Asean (ASMC) menunjukkan titik panas yang terdapat di Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. 

Sri Aman, Serian dan Kuching catat IPU tertinggi, beberapa titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga bahagian di negeri ini mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu pada tahap sederhana setakat jam 12 tengah hari.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Bahagian Sri Aman mencatatkan bacaan 100, diikuti Serian (93) dan Kuching (91).

Sementara, bacaan IPU pada tahap sederhana turut dicatatkan di lain-lain kawasan iaitu Samarahan dan Sarikei (78), Kapit (72), Bintulu (69), Samalaju (66), ILP Miri (62), Sibu (61), Limbang (58) dan Miri (57).

Bacaan IPU dikategorikan kepada lima iaitu baik (bawah 50), sederhana (51 -100), tidak sihat (101 – 200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (300 ke atas).

Sementara, menurut laman sesawang Pusat Pakar Meteorologi Asean (ASMC), dua titik panas dikesan di Sarawak iaitu di pesisir pantai Bintulu.

Manakala, laman sesawang ASMC turut memaklumkan terdapat lebih 30 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur, Indonesia. 

BERITA LAIN

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket