Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sri Aman tuan rumah Kejohanan Tinju Piala Sarawak 2022.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Bahagian Sri Aman akan menjadi tumpuan peminat sukan tempur apabila dipilih menjadi gelanggang Kejohanan Tinju Piala Sarawak 2022.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo memberitahu, pihaknya menerusi mesyuarat awal badan induk berkenaan baru-baru ini telah bersetuju memilih Sri Aman sebagai tuan rumah.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo

“Tarikhnya belum ditetapkan tetapi dijangka berlangsung pada bulan April nanti,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, kejohanan yang merupakan aktiviti tahunan pihaknya itu untuk petinju dari semua pusat pembangunan tinju di negeri ini.

Di samping penyertaan lima negeri atas tiket jemputan sahaja termasuk Sarawak.

“Kejohanan ini membabitkan dua kategori, bawah 18 tahun dan peringkat umur terbuka,” tambahnya.

Beliau akui penganjuran kejohanan itu kelak bukan sahaja landasan terbaik pihaknya mengenal pasti petinju muda berbakat.

Bahkan, peluang untuk petinju yang kini berada dalam skuad Sukma memperbaiki prestasi masing-masing.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang