Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sri Lanka hantar pulang sampah Britain

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

COLOMBO: Mengikut jejak China, Malaysia, Indonesia dan Filipina yang memulangkan semula sampah ke negara asap pengirim, Sri Langka turut memulangkan ratusan kontena mengandungi sampah yang diseludup masuk dari Britain.

Penghantar mengisytiharkan sampah tersebu sebagai bahan logam untuk dikitar semula tetapi ternyata ia mengandungi bahan buangan bahaya  dan sampah berkaitan perubatan.

Menurut AFP pada Rabu lepas, 111 kontena berisi sampah itu hanya diketahui selepas kastam tercium bau busuk datang dari kontena terbabit.

Jurucakap kastam Sri Lanka Sunil Jayaratne berkata, Sri Lanka akan memulangkan 111 kontena tersebut.

Menurut Jayaratne, 130 kontena lain mengandungi sampah buangan perubatan ditempatkan di zon bebas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo kerana melanggar undang-undang alam sekitar.

Kontena mengandungi sampah itu ternyata sudah berada di situ sejak 2017.

Menurut Jayaratne pengimport boleh ditahan kerana menyeludup masuk sampah.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru