Trending

SRS FC juara Piala Belia Persatuan Bianah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JUARA... Pasukan SRS FC.

KUCHING: Saingan Kejohanan Bola Sepak Piala Belia Persatuan Bianah Edisi I 2023 melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.

Seperti diramal, skuad pilihan SRS FC menepati ramalan muncul juara selepas kejayaan menumpaskan Semban 1818 dengan kemenangan tipis 2-1 pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Kampung Sadir.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain pasukan SRS FC membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, wang tunai RM1,500 termasuk piala dan pingat diterima pemain pasukan Semban 1818 selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Kabitra FC menduduki tempat ketiga, membawa hadiah wang tunai RM1,000 selain piala dan pingat selepas mencatat kemenangan besar (6-1) ke atas Payang JR, yang berada di tempat keempat sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 termasuk piala dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pegawai Tadbir (SAO) Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong.

Kejohanan terbabit merupakan anjuran Kelab Belia Kampung Sadir yang menghimpunkan 32 pasukan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru