ARTIKEL

SSC cari pemain bola sepak wanita, pemilihan di Sarikei hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) terus komited dalam mencari pemain untuk pembentukan pasukan bola sepak wanita bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Badan induk berkenaan meneruskan sesi pemilihan pemain dengan fokus di beberapa kawasan.

Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, sesi pemilihan seterusnya akan berlangsung di Kompleks Sukan Sarikei pada Sabtu dan Ahad ini.

“Kita baharu sahaja selesai menjalani sesi pemilihan di Betong pada 21 dan 22 Oktober lalu.

“Lokasi seterusnya akan berlangsung di Kompleks Sukan Sarikei hujung minggu ini,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Justeru, Awang Putrayusrie menyeru pemain wanita yang berumur 15 hingga 20 tahun untuk turut serta dalam pemilihan itu kelak.

Dalam pada itu, satu lagi lokasi pemilihan turut bakal diadakan di Kompleks Sukan Limbang pada 4 hingga 5 November depan.

“Pihak kita juga turut menyeru pemain berbakat untuk mengikuti sesi pemilihan di lokasi selanjutnya nanti,” jelas Awang Putrayusrie lagi.

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial