Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

SSC komited tingkatkan sukan bola tampar Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
 Semawi ( lapan dari kiri tengah) bersama Presiden Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching Tay Chang Seng ( sembilan dari kiri tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kejohanan
Semawi ( lapan dari kiri tengah) bersama Presiden Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching Tay Chang Seng ( sembilan dari kiri tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta kejohanan

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) akan membantu Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching untuk melaksanakan persiapan kejohanan peringkat kebangsaan dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Semawi Mohamad berkata pihaknya akan membantu dari segi persediaan kejohanan khususnya menambah baik serta menaik taraf gelanggang sedia ada.

“Kita berharap dengan adanya kejohanan seperti itu akan memantapkan lagi pemain-pemain yang mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung pada Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Tertutup Bahagian Kuching di Gelanggang Bola Tampar Pantai, Petra Jaya di sini hari ini.

Sementara, kejohanan berkenaan disertai oleh seramai 40 peserta berdaftar bersama 55 orang pegawai urus setia dan juga teknikal.

Semawi berkata ia bukan sahaja mempromosikan bola tampar pantai dalam kalangan pemain Sarawak malah bermatlamat melahirkan atlet-atlet sukan bola tampar pantai yang berprestasi tinggi.

“Dengan kejohanan sebegini kita dapat mengenali bakat-bakat baharu di Sarawak di samping menyiapkan atlet pada kejohanan akan datang.

“Saya berharap pertandingan ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan saya percaya dengan kerjasama daripada kedua-dua pihak (SSC dan Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching) kejohanan dapat diadakan dengan lebih besar dan berkualiti, selaras dengan misi dan visi SSC,” katanya.

Kejohanan Bola Tampar Pantai Kuching Tertutup 2022 merupakan anjuran edisi pertama SSC bersama-sama Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang