ARTIKEL

Pemain yang menyertai latihan di PC SSC/MSNS Sarikei.

SSC, MSNS SARIKEI platform lahirkan bakat baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Cemerlang Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)/Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Sarikei berpotensi menjadi penggerak kepada pembangunan sukan bola sepak bagi zon tengah.

Ia mengambil kira himpunan lebih 100 pemain peringkat umur 10 hingga 20 tahun menyertai latihan bawah kendalian Safri Amit selaku Jurulatih PC SSC/ MSNS.

“Ketika ini lebih seratus pemain peringkat umur (10-20 tahun) turut serta.

“Pihak kita menjangka jumlah tersebut terus bertambah selepas ini,” ujar Safri kepada Suara Sarawak.

Menurut Safri, pihaknya juga turut menerima pendaftaran baharu pemain dari sekitar kawasan Sarikei termasuk Julai dan Pakan.

“Kita percaya berlaku pertambahan drastik pelatih selepas ini memandangkan ramai yang mendaftar baru,” tambah Safri lagi.

Latihan di pusat berkenaan berlangsung empat hari seminggu bermula Khamis hingga Ahad di Kompleks Sukan Sarikei.

Safri teruja melihat bakat yang ada pada pemain muda terlibat mencakupi pelbagai peringkat umur berkenaan.

“Pemain muda terlibat mempunyai bakat hebat. Saya percaya, akan ada antara pemain dari pusat ini berupaya menjadi pemain profesional suatu hari kelak.

“Tidak hanya mewakili kelab handalan di negeri ini, malah mampu menyarung jersi pasukan negara,” kata Safri.

Sementara itu, Safri turut kagum dengan sokongan diberikan ibu bapa dan pihak lain sepanjang latihan dijalankan di pusat berkenaan.

“Sokongan ibu bapa begitu mengagumkan sekali termasuk pihak lain.

“Penggemblengan tenaga semua pihak ini menjurus kepada perkembangan positif kepada pusat ini,” menurut Safri.

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.