ARTIKEL

SSC, SKA komited martabatkan sukan papan luncur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sukan papan luncur atau skateboard di Sarawak kini bukan lagi aktiviti lasak yang dimainkan sekadar untuk memenuhi masa lapang golongan belia.

Sebaliknya, ia telah diangkat sebagai sukan yang mampu dijadikan karier kepada mereka yang serius untuk menjadi atlet sukan tersebut.

Keseriusan Sarawak untuk mengangkat sukan skateboard dibuktikan apabila ia menjadi negeri pertama di Malaysia mengiktiraf sukan lasak itu.

Buktinya, apabila Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah memasukkan sukan tersebut sebagai Program Pembangunan Sukan Negeri Sarawak melalui kerjasama dengan badan induk, Persatuan Sukan Papan Luncur Sarawak (SKA). 

Melalui kolaborasi tersebut, SSC dan SKA telah mewujudkan Kejohanan Papan Luncur Sarawak, kejohanan yang dilaksanakan setiap tahun.

Ia mempertandingkan dua kategori iaitu Pertandingan Tertutup SSL untuk peserta dari Sarawak sahaja dan Pertandingan Terbuka Piala SSC untuk peserta dari dalam dan luar Malaysia.

Objektif utama kejohanan adalah untuk menyelaraskan sistem pemarkahan dalam pertandingan dan format asas pertandingan yang diguna pakai kebiasaannya di pertandingan antarabangsa.

Selain itu, kejohanan tersebut juga menjadi platform mencungkil bakat baru untuk diserap dalam pasukan papan luncur Sarawak bagi mewakili negeri ini dalam kejohanan lebih berprestij pada masa akan datang.

Baru-baru ini telah berlangsung pusingan kedua Liga Papan Luncur Sarawak 2023 yang diadakan di Sibu Active Youth Space (SAYS) Sibu.

Seramai 12 peserta mengambil bahagian yang menyaksikan Luqman Hakim Ishak dinobatkan johan untuk menggondol wang tunai RM300.

Tempat kedua pula dimenangi Sapuani Jumat untuk menerima RM200, manakala Mohd Iqmal Ishak di tempat ketiga sekali gus membawa pulang RM100.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San