ARTIKEL

FB MCKK Premier 7s

SSMP muncul juara berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) mempertahankan kejuaraan ragbi MCKK Premier 7s selepas menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 19-14 pada perlawanan akhir kategori Cup di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Kemenangan itu membolehkan SSMP menjulang Piala NJ Ryan buat kali kedua berturut-turut selepas turut menewaskan SSTMI pada final edisi lalu.

Dalam kategori Plate, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR) muncul juara selepas menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 24-19.

Menurut Bernama, Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba (HOSBA) pula menjuarai kategori Bowl selepas mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SEMSIRA) 17-12.

MRSM Balik Pulau (MRSMBP) merangkul kejuaraan kategori Shield selepas membelasah Royal Military College (RMC) 22-0.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan