ARTIKEL

SSPN terima deposit RM15.94 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang dikendalikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menerima deposit sejumlah RM15.94 bilion dengan sebanyak 6.11 juta akaun setakat 30 Sept lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim berkata ini menunjukkan Simpan SSPN yang diperkenalkan sejak 2004, kekal sebagai produk berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa di negara ini.

“Malah, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, geran sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 dan sambutan Hari Tabungan Sedunia di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Sempena BMS 2023 yang dianjurkan mulai 1 hingga 31 Okt ini, Norliza berkata PTPTN telah menerima deposit Simpan SSPN hampir RM220 juta setakat ini dan optimis pihaknya akan mencapai sasaran jumlah deposit iaitu RM220 juta yang ditetapkan menerusi program berkenaan.

Beliau berkata BMS merupakan program signature PTPTN yang dilaksanakan bermula pada 2018 sebagai antara usaha untuk menyebarluaskan manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat bersempena sambutan Hari Tabungan Sedunia pada 31 Okt setiap tahun.

“Ke arah menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, misi utama PTPTN ialah memperkasakan amalan penabungan bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman serta memastikan anak-anak tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian,” katanya.

Sementara itu, seorang pendeposit Simpan SSPN, Jazi Jasmani, 45, yakin akaun simpanan pendidikan itu dapat memberikan manfaat kepada anaknya pada masa hadapan.

“Saya dan isteri buka akaun Simpan SSPN ini sejak dua tahun lepas bagi anak kami yang berusia 14 tahun untuk memastikan pembelajaran anak terjamin dan Simpan SSPN juga dilihat sebagai platform terbaik untuk menabung bagi tempoh jangka panjang,” kata pekerja swasta itu.

Penjawat awam, Siti Badriah Abdul Hussin, 39, pula berkata Simpan SSPN mampu membantunya dalam pengurusan kewangan untuk pendidikan kedua-dua anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

10 juta pelanggan, pengguna5G hampir 30 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan hampir 10.07 juta langganan perkhidmatan rangkaian 5G atau menyamai kadar penggunaan sebanyak 29.9 peratus setakat 31 Januari 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi

Cadangan untuk mendakwa pencuri kandungan berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi bercadang membangunkan sistem asas agar pemilik berita atau pencipta kandungan boleh membuat aduan sekiranya kandungan itu digunakan tanpa kebenaran. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,