ARTIKEL

SST naik kepada 8 peratus: Perlu ada inisiatif bantu peniaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan daripada enam peratus dijangka akan memberikan kerajaan pertambahan kewangan sebanyak RM900 juta.

Bagaimanapun, peningkatan itu juga dijangka memberi kesan terhadap kenaikan harga yang lebih tinggi.

Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri Mohamnad Hafidz Rohani berkata, situasi itu berpotensi berlaku dengan melihat kepada rejim cukai jualan dan perkhidmatan berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kesan segera kepada perniagaan ialah peningkatan kos menjalankan perniagaan kerana kenaikan cukai perkhidmatan akan disalurkan kepada pengguna dan perniagaan pada akhirnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kenaikan cukai SST merupakan langkah reformasi percukaian yang diperkenalkan untuk meluaskan asas hasil negara.

Menurutnya, langkah terbabit turut berharap untuk tidak menjejaskan rakyat dengan tidak menaikkan cukai pada barangan dan perkhidmatan berasaskan makanan, minuman dan telekomunikasi.

“Pengecualian ini diharap dapat membantu kebanyakan rakyat.

“Justeru, saya berharap agar ada inisiatif yang akan dijalankan dalam usaha untuk tidak membebankan peniaga terutamanya PMKS,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar