ARTIKEL

Zainal Abidin bersama-sama yang lain merakamkan gambar kenangan seusai penyempurnaan Majlis Penyampaian Sumbangan Kewangan STA Mutual Funs SDN. BHD. dan PUSAKA.

STA Mutual Sdn Bhd salur RM55,000 kepada 11 buah sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah RM55,000 dana disalurkan oleh STA Mutual Sdn Bhd untuk diagihkan kepada 11 buah sekolah menengah dan sekolah rendah daif serta sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sekitar Sarawak.

Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) menerusi anak syarikatnya, STA Mutual Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi menyalurkan dana kepada sekolah-sekolah yang memerlukan di luar bandar Sarawak.

BERCAKAP… Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah.

Pengurus Besar PUSAKA Zainal Abidin Abdullah berkata, sumbangan dana yang diurus oleh pihaknya bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah yang berkaitan.

“Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk membantu pihak sekolah menampung pembiayaan keperluan sekolah yang terkesan akibat aktiviti atau operasi pembalakan.

“Pasa masa sama, meningkatkan semangat para pelajar dan pengajar untuk mencapai kecemerlangan serta membantu pihak sekolah untuk menjalankan pelbagai program akademik serta kokurikulum sekolah.

“Selain, ia juga bertepatan dengan dasar pendidikan kebangsaan di mana kerajaan dengan kerjasama pihak swasta berperanan dalam membangunkan dan meningkatkan tahap pendidikan lbagi sekolah-sekolah yang memerlukan dana tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Kewangan STA Mutual Funs SDN. BHD. dan PUSAKA & pelancaran buku ‘The Application of Timber in Our Culture’ di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan harapan agar sumbangan tersebut dapat membantu untuk meningkatkan prasarana serta memudahkan pihak sekolah mengadakan aktiviti pelajar di sekolah-sekolah yang terlibat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU