ARTIKEL

BERCAKAP…Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam.

Itu jaminan diberikan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah apabila siapnya Stadium mini Sambir yang bertaraf Olimpik itu kelak.

Menurutnya, antara kelebihan padang itu kelak adalah mempunyai lampu limpah yang menerangi sekeliling stadium, sekali gus melakar sejarah kejohanan tertua Sarawak itu dengan memainkan perlawanan final pada waktu malam.

“Kementerian kita bersetuju untuk menaik taraf padang bolanya supaya ada lampu limpah jadi pada masa akan datang apabila sudah siap, kemungkinan final kita boleh adakan pada waktu malam.

“Perkara ini jarang berlaku, tidak pernah berlaku di kawasan Samarahan dan sekiranya berlaku boleh dikira sebagai acara yang bersejarah,” katanya.

Stadium mini Sambir antara projek termasuk dalam Skim Pembesaran Kampung Sambir yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Agensi Pembangunan Bersepadu Samarahan (ISDA)

Projek terbabit diperuntukan sebanyak RM14 juta termasuk penambahan lampu limpah di kawasan padang.

Sementara soal skim pembesaran kampung itu, Karim mendedahkan ia masih di peringkat awal iaitu proses menembok kawasan bagi memastikan tanahnya mendap secara keseluruhan.

Mengulas lanjut, beliau percaya pengagihan lot bagi fasa pertama akan diagihkan kepada mereka yang layak pada tahun hadapan.

Kejohanan tertua di Bumi Kenyalang itu dianjur oleh Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB) dengan kerjasama Lea Sports Centre (LSC) selaku penaja bermula pada hari raya ketiga dan disertai 50 buah pasukan.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

SAR warga emas di Kampung Kakeng diteruskan

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas dari Kampung Kakeng dekat sini yang dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu, diteruskan

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk