ARTIKEL

Stadium Shah Alam bakal dirobohkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Stadium Shah Alam bakal ‘berubah wajah’ selepas proses merobohkan dan membina semula stadium keramat itu akan bermula tidak lama lagi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sudah mengesahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi kelulusan untuk merobohkan stadium itu pada Jumaat lalu.

Pembinaan semula Stadium Shah Alam bakal menelan kos sekitar RM787-800 juta.

Stadium itu nanti bakal dilengkapi teknologi tinggi dengan kemudahan padang seperti yang ada Stadium Alabama, Amerika Syarikat.

Tempat duduk boleh memuatkan 35,000-40,000 penonton dengan sistem penyejukan tempat duduk seperti stadium-stadium Piala Dunia di Qatar.

Bumbung gelanggang pula akan ditutupi dengan bumbung ‘transparent ETFE’ bagi mengelak daripada terkena hujan supaya perlawanan atau acara dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan cuaca.

Rumput bakal digunakan pula menepati standard Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Paspalum dan Zeon Zoysia.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

BERITA TERBARU

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial