SIBU: Stadium Tertutup Sibu yang terletak di Jalan Tuanku Bujang di sini akan menjadi pusat kuarantin bagi bahagian ini dalam menghadapi sebarang kemungkinan berkenaan dengan situasi pandemik Covid-19 di sini.
Perkara ini didedahkan oleh Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu Charles Siaw ketika dihubungi sebentar tadi.
Residen Bahagian Sibu itu juga memberitahu bahawa pusat itu akan diaktifkan selewat-lewatnya pada Rabu ini (13 Januari).
“Persiapan kita hampir selesai dan khemah-khemah akan didirikan di dalam stadium itu.
“Kemungkinan ia akan diaktifkan selewat-lewatnya pada Rabu atau lebih awal sekiranya kerja persiapannya selesai awal,” kata beliau lagi
Siaw mengatakan bahawa kemudahan ini adalah tambahan kepada pusat kuarantin yang sedia ada di sini.
Jelasnya, Sibu mempunyai empat pusat kuarantin sebelum ini iaitu di Sibu Diocesan Pastoral Centre, Kem Belia Kemuyang dan dua buah hotel di sini.
Beliau mendedahkan bahawa sejak 8 Januari lalu, mereka yang datang ke Sibu dari luar Sarawak telah menjalani kuarantin wajib di hotel sambil menambah bahawa tidak ada lagi kuarantin rumah.
“Penerbangan seterusnya (dari luar Sarawak) yang akan datang (ke Sibu) adalah pada hari Rabu ini (13 Januari),” katanya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my