ARTIKEL

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah menandatangani plak perasmian premis Starbucks terbaharu di kompleks membeli belah Vivacity di Kuching, Satawak. | BERNAMA

Starbucks lancar “cawangan bahasa isyarat” pertamanya di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Starbucks Malaysia melakar satu lagi kejayaan dengan melancarkan cawangannya di Vivacity Megamall di sini yang menggunakan bahasa isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi.

Didedikasikan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan pembangunan kepada orang pekak serta memupuk hubungan bermakna di antara rakan kongsi dan pelanggan, ia merupakan “cawangan bahasa isyarat” yang pertama rangkaian kopi itu di wilayah Borneo dan yang ketiga selepas di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks Coffee Datuk Sydney Quays berkata syarikat itu berhasrat untuk mengembangkan inisiatif tersebut di setiap negeri.

“Selain menyediakan pekerjaan kepada komuniti (pekak), kami juga berhasrat untuk meluaskan kesedaran orang ramai dan membina keyakinan dalam kalangan mereka kerana kadang-kadang mereka malu untuk melangkah ke hadapan kerana ketidakupayaan itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran cawangan itu yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Sokongan dan komitmen daripada kerajaan negeri dan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak (SSD) telah memudahkan proses untuk membuka cawangan itu di sini, katanya.

 Quays juga berkata Starbucks Malaysia juga bekerjasama dengan SSD untuk menyediakan perkhidmatan profesional mentafsir bahasa isyarat Malaysia dan menganjurkan aktiviti-aktiviti di cawangan itu.

Beliau berkata ini akan menyediakan platform untuk komuniti berkumpul dan saling berhubung di antara satu sama lain.

Ia juga telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan sejak prapelancarannya pada 27 Julai.

Rangkaian kopi itu setakat ini telah mengambil 20 kakitangan pekak untuk tiga “cawangan bahasa isyarat” dengan lapan daripadanya adalah di cawangan Vivacity Megamall.

Terdahulu, Fatimah dalam ucapan perasmiannya berkata cawangan itu “memperkasakan” komuniti pekak dan bersyukur kerana badan korporat seperti Starbucks Malaysia “penuh bersemangat dengan kerajaan negeri bagi melakukan perubahan kepada masyarakat.”

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.