KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (Statos) menerajui dorongan pemasaran baharu untuk menarik pembeli rumah dan pengunjung ke Sarawak.
Menurut kenyataan Statos, penganjuran webinar pertamanya, merupakan kerjasama antara Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Pelancongan Sarawak (MTAC), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) dan Pelancongan Malaysia yang bertemakan Rumah Kedua Saya – Sarawak (S-MM2H).
Program tersebut turut disertai 285 bakal pelabur dan pesara dari seluruh wilayah termasuk Singapura, China, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Australia. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Statos, Putrie Rozana berkata beliau yakin bahawa mesej iklan yang dipamerkan amat bersesuaian dengan pasaran yang disasarkan.
“Selaras dengan situasi masyarakat yang banyak menghabiskan masa di rumah, ia merupakan waktu tepat untuk mereka memilih konsep rumah yang sesuai pada masa ini,” katanya.
Difahamkan program tersebut dipromosikan di seluruh Asia Tenggara melalui kempen di media sosial dan pejabat Pelancongan Serantau Malaysia untuk menghubungi kenalan pangkalan data mereka.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Jun 2021