ARTIKEL

STB Sarawak lancar kempen di UK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) melancarkan kempen di United Kingdom (UK) bersama-sama National Geographic Traveler UK dan Tripadvisor di Pavilion Sarawak untuk Pasaran Perjalanan Dunia (WTM) London.

STB dalam satu kenyataan semalam berkata, kempen yang dijadual hingga April 2024 itu melibatkan siri lapan artikel dan enam video berdurasi satu minit di laman National Geographic Traveler UK, yang membawa pengunjung ke platform Tripadvisor.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata inisiatif itu menjadikan Sarawak sebagai destinasi ekopelancongan terulung dengan pengiktirafan antarabangsa bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pasaran UK memainkan peranan penting untuk mengembangkan semula Sarawak.

“Dari Januari hingga September 2023 sahaja, kita menerima sejumlah 18,833 pelawat dari United Kingdom (UK),” katanya dalam kenyataan sama.

Tambahnya, kadar pertumbuhan 216.74 peratus dalam segmen ini sangat mengagumkan, berbanding tempoh sama pada 2022, iaitu hanya 5,944 pengunjung dari UK.

Berdasarkan trend semasa, dijangka sejumlah 25,110 ketibaan pelawat dari UK ke Sarawak pada 2023, tambah Abdul Karim.

Di WTM London, STB turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kempen Pemasaran Bersama 2024 dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB), diwakili oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif STB, Yusfida Khalid dan Pengurus Kanan MAB, Krystal Ng Mei Ee. 

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP