HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

STB, Scope ikat persefahaman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (Scope) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang memfokuskan kerjasama dalam persidangan, bengkel, dan penyelidikan berkenaan konsep pelancongan bertanggungjawab di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor berkata, selain untuk meluaskan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang lain, memorandum itu juga bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam industri pelancongan.

“Kami berusaha menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan pihak berkepentingan yang lain pada masa akan datang, agar ramai lagi masyarakat terdedah dengan konsep pelancongan bertanggungjawab ini.

“Bagi kami, ini merupakan masa yang paling tepat untuk masyarakat turut terlibat dalam industri pelancongan agar memahami konsep yang dibawakan pada tahap yang sama,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru