Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

STB tampil angpau corak harimau bintang Borneo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menampilkan paket angpau 2022 dalam corak harimau bintang Borneo yang dikenali sebagai ‘Entulu’ sempena musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Paket angpau berkenaan boleh didapati di Pusat Maklumat Pelawat STB di Kuching, Sibu dan Miri mulai 19 Januari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (MarComm, Penyelidikan dan Produk & Perhubungan Korporat) STB, Suriya Charles Buas berkata, pihaknya tahun ini mengambil peluang untuk menonjolkan harimau bintang tersebut yang jarang ditemui di Kepulauan Borneo.

“Sarawak adalah destinasi yang menawarkan promosi pelancongan yang lebih kepada alam semula jadi dengan aktiviti penggambaran yang menarik.

“Oleh itu, adalah penting untuk kita memberi kesedaran kepada orang awam dan pelawat tentang spesis yang jarang ditemui sekaligus bekerjasama rapat untuk melindungi ekosistem haiwan ini daripada diancam kepupusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, harimau tersebut dikenali sebagai ‘entulu’ oleh masyarakat tempatan dan mempunyai gigi taring terpanjang dalam keluarga kucing (termasuk singa, harimau dan harimau bintang).

Selain itu, haiwan tersebut dikenali sebagai pemangsa darat terbesar di Kepulauan Borneo dan saiz badannya berukuran dua meter panjang serta boleh mencecah berat sehingga 25 kilogram.

Spesis tersebut juga telah dikesan di Taman Negara Santubong dan beberapa bahagian di utara Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk