BINTULU: Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemena pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dengan majoriti 3,611.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu memperoleh 6,339 undi mengalahkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Bernard Tahim Bael yang sekadar memperoleh 2,728 undi.
Calon Parti Bumi Kenyalang(PBK), Chelea Vanessa William(294); calon Bebas, Jame Stephen Randi (331) dan Parti Tindakan Rakyat (DAP) Dr John Brian Anthony Jeremy Guang memperoleh 399 undi.
Jumlah keluar mengundi bagi Dun Kemena adalah seramai 10,091 pengundi atau 71.95 peratus.
Jumlah kertas undi ditolak sebanyak 143 manakala 21 kertas undi tidak dikembalikan.
Pada PRN-12 ini, Rundi berdepan saingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi Dun Kemena.