ARTIKEL

Stesen pertanian baharu bantu tingkatkan produktiviti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI ASAP: Stesen pertanian baharu yang dibina di kawasan Sungai Asap dapat membantu meningkatkan produktiviti pertanian dan ekonomi penduduk setempat.

ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, stesen tersebut juga berperanan memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada para petani.

“Pembinaan stesen ini kelak merangkumi satu blok pejabat, kuarters, stor untuk penyimpanan baja dan racun, pondok sampah termasuk tempat letak kereta, pagar dan sistem perparitan.

“Diharap dengan siapnya stesen ini, penduduk kini mempunyai tempat yang sesuai dan kondusif bagi mendapatkan khidmat berkaitan pertanian, perikanan dan penghantaran hasil,” katanya.

Kennedy Chukpai berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Stesen Pertanian di Sungai Asap, Belaga.

Beliau turut berharap, projek tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kualiti dan tempoh ditetapkan serta memohon kerjasama pihak kontraktor, agensi pelaksana dan masyarakat setempat untuk menjayakan projek tersebut.

Projek tersebut sudah dimulakan sejak 16 Februari 2024 dan dijangka siap pada 15 Ogos 2026.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)