Trending

Stor baja ikan, sayur hangus 100 peratus 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebuah stor baja ikan dan sayur-sayuran yang terletak di lorong Sungai Cina Nombor 1 Jalan Telaga Air di sini, terbakar 100 peratus dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Bangunan bersaiz 10×30 persegi struktur tidak kekal itu gagal diselamatkan yang menyebabkan sebuah lori 3 tan terbakar 100 peratus di bahagian enjin dan tempat duduk.

HANCUR…Keadaan kawasan stor selepas hancur dijilat api

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai tujuh anggota pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah dikerahkan ke lokasi bagi membantu pemadaman kebakaran.

“Pasukan pemadaman menggunakan teknik “Offensive” sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Insiden terbabit turut dilaporkan tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru