ARTIKEL

Stor kediaman musnah terbakar, penghuni selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sebuah stor penyimpanan barang di belakang sebuah rumah di Lot 5163, Jalan Friendship 5C, Siang-Siang Garden, di sini musnah dalam satu insiden kebakaran dalam kejadian tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 12.25 tengah malam.

Menurutnya, sejurus menerima laporan mengenai insiden berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kadar segera.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor beranggaran keluasan 10 kali 15 kaki persegi yang berada di belakang rumah telah terbakar 100 peratus sehingga merebak ke bahagian dapur.

“Selain itu, kebakaran juga telah merebak ke bahagian dapur rumah penghuni bersebelahan yang dianggarkan terbakar 20 peratus

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan kerana kesemua penghuni kedua-dua buah rumah berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum api semakin marak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, proses pemadaman api pada peringkat awal telah dilakukan oleh jiran menggunakan alat pemadam api jenis debu kering namun api tidak berjaya dikawal kerana ia semakin marak.

“Setelah proses pemadaman api selesai, pihak bomba memeriksa sekitar kawasan kejadian bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum bergerak pulang ke balai,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan