Stor penyimpanan padi musnah dijilat api

SIMUNJAN: Sebuah stor penyimpanan padi hangus terbakar dekat Kampung Sungai Apin, di sini, pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 11.46 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan telah dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian.

“Kebakaran menyebabkan stor berukuran lebih kurang 10×10 kaki persegi itu terbakar 100 peratus.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi melakukan pemadaman bagi memastikan sisa kebakaran padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PADAM… salah seorang anggota bomba membuat pemadaman memastikan tiada sisa bara kebakaran

 

RENTONG… Stor penyimpanan padi tinggal rangka selepas dimakan api kebakaran

Suara Sarawak