Trending

Stor simpan peralatan pertanian musnah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MATU : Sebuah stor penyimpanan peralatan pertanian musnah dalam kebakaran di Kampung Bruan Besar di sini, malam tadi.

Insiden kira-kira 1.10 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba Penyelamat Daro menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

“Setiba di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan setor penyimpanan peralatan pertanian dan nelayan struktur tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, insiden itu turut memusnahkan sebuah enjin bot, perahu gentian berserta enjin dan sebuah perahu.

“Pada masa yang sama sebuah jeti yang terletak berhampiran turut terbakar 60 peratus,” katanya.

Pihak Bomba katanya, menggunakan dua aliran salur bantu mula untuk menjalankan kerja-kerja pemadaman memandangkan kebakaran berjaya dikawal oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan keselamatan itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru