Trending

Strain yis merah dari Mukah boleh hasilkan minyak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Yeo (lima kiri) bersama-sama Roland Sagah (tengah) dan tetamu kehormat lain memotong kek sebagai simbolik Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 SBC di BCCK, semalam.

KUCHING: Sarawak mempunyai satu lagi produk baharu yang berpotensi diteroka untuk menghasilkan tenaga hijau iaitu strain yis merah, yang boleh menghasilkan sehingga 70 peratus minyak.

Justeru, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tidak ramai yang tahu tentang kewujudan yis itu, yang pernah dikumpulkan dari tanah di Mukah oleh sekumpulan penyelidik dari Afrika Selatan (University of Free State, Republic of South Africa) bertahun-tahun dahulu iaitu pada 1994.

“Beberapa tahun lalu, sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka menghubungi kami kerana ingin menyelidik yis ini untuk pembangunan biofuel.

“Mungkin ini adalah peluang yang baik untuk Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) menghidupkan semula penyelidikan yis ini sebagai pilihan lain untuk membuat biofuel,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Roland Sagah Wee Inn sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 SBC di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi SBC Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Dato Dr Yeo Tiong Chia.

Sementara itu, Abang Johari menyifatkan komuniti luar bandar dan pedalaman sehingga ke Ba’Kelalan dan Bario telah menyumbang kepada kejayaan SBC selama 25 tahun ia ditubuhkan, apabila menjadi sumber pengetahuan penting bagi penyelidikan SBC.

“Pengetahuan mereka tentang tumbuhan yang boleh digunakan sebagai ubatan atau makanan dapat dikomersialkan untuk menghasilkan makanan tambahan yang tidak hanya memberi nutrisi tetapi berpotensi dijadikan ubat,” katanya.

Justeru, beliau optimis projek Pengetahuan Tradisional SBC akan menyokong tiga tonggak Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030, yang didorong oleh inovasi dengan dengan orang menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan.

Beliau menambah, ia lebih-lebih lagi dengan rangka kerja global Protokol Nagoya mengenai Akses dan Perkongsian Faedah (ABS) yang dikaitkan dengan pengetahuan tradisional, juga berkongsi titik persamaan dengan tiga tonggak itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata objektif ABS menekankan kepada perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber genetik semasa membuat sumbangan kepada pemuliharaan dan penggunaan biodiversiti yang lestari.

“Saya berbangga menyatakan bahawa Sarawak adalah yang pertama di Malaysia melaksanakan ABS dan inisiatif ini telah memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat Sarawak.

“SBC telah mencipta rantaian nilai untuk tumbuhan yang berguna tumbuhan, yang menjana pulangan ekonomi daripada produk mereka dan pendekatan ini telah meningkatkan sara diri masyarakat tempatan dari segi kewangan.

“Malah, enam kampung di bawah projek minyak pati LitSara® telah menerima hampir RM1.6 juta faedah kewangan sejak 2014,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

25 Nov 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol