Trending

Strategi khusus pastikan bekalan makanan negara mencukupi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan kini sedang merangka beberapa strategi berkait input pertanian dan perladangan dalam memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerangka strategi tersebut akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Timbalan Perdana Menteri mengagihkan bubur lambuk sambil disaksikan yang lain. | Foto: Ramidi Subari

Katanya, ia akan melihat kepada secara menyeluruh kepada rantaian nilai sebelum strategi tersebut dibentangkan ke peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Saya bersama Datuk Seri Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) sebahagian daripada agensi teknikal akan melihat keseluruhan rantaian nilai. 

“Rantaian nilai maksudnya pertama kita perlu melihat kepada benih, ada atau tidak benih yang berkualiti. Kedua, kita akan melihat kepada input pertanian, baja, baka atau makanan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Ramadan Media Sarawak Liansin 2023 anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Liansin Sarawak Sdn Bhd di sini semalam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru