ARTIKEL

PENYAMPAIAN… Zulfikar (tengah) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pemenang.

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam.

Komandan Pulapol Kuching, SAC Zulfikar Jeneral (B) Tan Sri Mohd Ghazali berkata, ia dianjurkan oleh Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching dan pertandingan sukan itu juga berpeluang mencungkil bakat dan minat anak muda dalam sukan.

“PULAPOL Kuching dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga pusat latihan dan menarik minat orang awam untuk menyertai pasukan, menjadikan polis sebagai kerjaya,” katanya.

Disebabkan itu kata Zulfikar, pihaknya membuka penyertaan kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai pertandingan ini dan seterusnya, menimba pengalaman, cabaran dan kemenangan.

“Kita amat bertuah kerana atlet wanita peringkat dunia iaitu Joyce Heng kelahiran Sabah turut serta bertanding.

“Selain itu, atlet peringkat Sarawak dan pernah beberapa tahun menduduki ranking pertama Malaysia iaitu Yong Chee Hang juga turut sama bertanding,” ujarnya.

KERAH TENAGA… Antara peserta yang terlibat dalam ‘Strongman Challenge’ di PULAPOL Kuching, hari ini.

Kelab Strongman di Sarawak kata Zulfikar, ditubuhkan di bawah naungan Persatuan Strongestman Malaysia pada 2015 dan diluluskan menjadi Persatuan Strongman Sarawak pada April 2023.

Dalam pertandingan sukan kategori ini, lima ciri asas pergerakan bagi menguji kekuatan iaitu, memikul bebanan; menolak bebanan; menarik bebanan, mengangkat bebanan dan menjinjing bebanan.

“Sukan yang berasal dari tamadun Yunani kuno kini menjadi salah satu sukan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa PULAPOL Kuching dalam perancangan untuk mengadakan PULAPOL Challange yang dijangka pada September atau Oktober tahun ini.

Antara acara yang akan dipertandingkan ialah larian, merentasi halangan dan lain-lain lagi, katanya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri