ARTIKEL

SELESAI...Wakil Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) merakam gambar kenangan dalam kunjungan hormat STU ke JPNS

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei).

Presidennya, Kullin Djayang berkata, kunjungan terbabit bertujuan merapatkan lagi hubungan antara STU dengan pihak JPNS.

Dedahnya, antara perkara yang dibincangkan ialah isu capaian Internet di sekolah pedalaman.

“Keadaan itu memberikan kesukaran kepada para guru untuk melakukan pelbagai perkara dalam talian termasuk pembelajaran secara digital,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Turut dibincangkan, isu perpindahan guru yang dilaksanakan secara pertempatan semula selain isu aduan daripada para ahli berkaitan beberapa perkara yang berlaku di sekolah.
Antaranya seperti tindakan ketua jabatan yang agak kurang disenangi kerana terlalu mendesak serta menekan ahli dalam tugasan di sekolah. Memberi arahan dan tugasan pada saat akhir sehingga memanggil guru yang sepatutnya bercuti untuk datang bertugas.

Selain itu, kunjungan turut mengemukakan beberapa cadangan iaitu mewujudkan anugerah perkhidmatan cemerlang setia kepada guru kelahiran Sarawak yang bertugas sehingga 30 tahun sebagai pendidik di negara ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu