Trending

STU harap lebih ramai guru divaksin menjelang pembukaan semula sekolah pada September

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berhubung guru-guru dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum pembukaan sesi persekolahan pada September.

Presiden STU, Adam Prakash Abdullah berkata pihaknya berharap lebih ramai warga guru divaksin sebelum pembukaan sesi persekolahan nanti.

Menurutnya, STU sebelum ini sudah berkali-kali memohon agar perkara ini disegerakan dan bersyukur akhirnya Kementerian Kerajaan Malaysia (KKM) memberi perhatian kepada warga guru.

“Kami berharap pihak yang berwajib melihat isu guru dan permintaan warga guru dengan lebih serius kerana apa yang kami mohon adalah untuk kebaikan semua guru, murid dan ibu bapa.

“Dengan kenyataan tersebut, STU berharap warga guru akan mendapat vaksin dengan lebih segera sebaiknya sebelum sesi persekolahan dibuka pada September nanti,” katanya ketika dihubungi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru