PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

STU harap projek baik pulih, bina sekolah daif tidak lagi terbengkalai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Presiden STU, Kullin Djayang

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap peruntukan RM1.2 billion bagi menambah baik infrastruktur sekolah daif di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan secara lebih serius.

Presidennya, Kullin Djayang berkata, projek baik pulih dan pembinaan sekolah perlu ditekankan sehingga menjadi kenyataan dan dapat diselesaikan dengan segera.

“STU menghargai peruntukan RM1.2 bllion bagi menambah baik infrastruktur sekolah daif di Sabah dan Sarawak termasuk RM1.1 bilion untuk membaiki dan menyelenggara semua sekolah.

“Diharap dengan peruntukan baharu itu, semua usaha tersebut akan menjadi kenyataan.

Presiden STU, Kullin Djayang

“Bukannya menjadi isu yang berbangkit setiap tahun kerana semua projek-projek ini perlu dipantau dengan teliti agar tidak menjadi projek sakit atau terbengkalai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, keperluan sekolah-sekolah baharu adalah amat mendesak berikutan terdapat sekolah yang terlalu penuh dan sesak.

Pada perkembangan sama, beliau berharap agar peruntukan RM2.3 bilion untuk memastikan pelajar mempunyai persekitaran pembelajaran kondusif dan selamat akan mengambil kira capaian Internet di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Terdapat beberapa kawasan capaian Internet emah dan kadang-kadang langsung tiada apabila cuaca buruk atau bekalan elektrik terputus.

“Perkara ini harus dipandang serius agar tidak mengganggu pembelajaran. Kita tidak mahu para pelajar dan guru kecewa dengan kekangan seperti ini kerana ia boleh menjejaskan semangat untuk belajar,” katanya.

Bajet 2023 menyaksikan kementerian pendidikan menerima peruntukan terbesar sebanyak RM55.6 bilion secara keseluruhan.

RM825 juta untuk bantuan pelajar. Semua pelajar akan menerima RM150 dalam bantuan awal persekolahan tanpa mengambil kira pendapatan ibu bapa.

Manakala sebanyak RM777 juta Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan memanfaatkan 800,000 pelajar dan 7,300 pengusaha kantin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru