ARTIKEL

STU sokong calon SPM 2020 dan 2021 dibenarkan ke sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan 2021 dibenarkan kembali ke sekolah.
Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata, apa yang penting adalah semua pihak perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan.
“Bagi calon SPM 2020 yang akan menduduki peperiksaan mereka, kita (STU) juga bersetuju bahawa mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang diamalkan sebelum sekolah bercuti pada penghujung 2020.
“Bagaimanapun, sekiranya kawasan sekolah tersebut berada di dalam zon merah, STU merasakan adalah wajar untuk sekolah tersebut ditutup sementara kerana tahap risiko jangkitan adalah sangat tinggi,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.
Tambahnya, para guru dan pelajar tidak boleh didedahkan kepada risiko bahaya yang sudah diketahui menular dalam zon merah.
“Apa sahaja keputusan yang dibuat, keselamatan semua pihak yang terlibat perlu diutamakan.
“STU percaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperincikan SOP sewajarnya sebelum membenarkan pelajar dan guru hadir ke sekolah,” tegasnya.
Terdahulu, pengumuman berhubung perkara tersebut telah dilakukan oleh Muhyiddin hari ini dengan memaklumkan bahawa walaupun sekatan pergerakan yang ketat khususnya di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.
Menurutnya, mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat dan pihak KPM akan memperincikan SOP tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan