Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

SU FC beraksi tanpa Taylor hujung minggu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BEREHAT...Taylor Francis berehat selama sebulan.

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad Sarawak United FC (SU FC) dalam mengharungi baki perlawanan kempen Piala Malaysia 2021 hujung minggu ini.

Ia berikutan skuad kendalian jurulatih berpengalaman, E.Elavarasan itu tidak dapat menggunakan kudrat ketua pasukannya, Taylor Francis George Regan.

Pemain kelahiran Australia itu terpaksa berehat selama sebulan akibat dibelenggu kecederaan hamstring ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Selangor FC hujung minggu lepas.

“Satu igauan ngeri buat kami ketika ini apabila kehilangan khidmat ketua pasukan yang merupakan pemain pertahanan cukup berpengalaman.

“Ini memang memberi impak khususnya dibahagian banteng,” ujar Elavarasan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Elavarasan, ketiadaan pemain tinggi lampai itu turut merencatkan perancangan terhadap strategi yang telah disusun atur untuk perlawanan hujung minggu ini.

Apatah lagi prestasi kemuncak dimiliki pasukan SU FC yang masih berjaya mencipta kemenangan pada dua perlawanan peringkat Kumpulan A ketika ini.

“Dengan ketiadaan Taylor dalam radar selepas ini memaksa saya melakukan sedikit rombakan posisi berkenaan.

“Dan saya amat yakin pemain simpanan yang akan diberi kepercayaan mengambil alih tugas di bahagian pertahanan mampu melaksana tanggungjawab dengan baik,” tambah Elavarasan lagi.

SU FC akan menentang Kuala Lumpur City FC pada Sabtu ini (30 Oktober) untuk aksi ketiga peringkat kumpulan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News