KUCHING: Skuad Sarawak United FC II (SU FC II) menamatkan saingan kempen Piala Presiden 2022 di tangga keempat.
Menggumpul 12 mata, mencatat tiga kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi 10 perlawanan.
Meskipun, aksi terakhir Kumpulan C menyaksikan anak-anak buah Safri Amit berjaya mengutip tiga penuh selepas mencatat kemenangan tipis (1-0) ke atas UiTM FC pada perlawanan terakhir di Stadium Sarawak,Petra Jaya semalam.

“Walaupun menduduki tangga keempat, secara keseluruhan saya tetap berpuas hati dengan pencapaian para pemain,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Safri, pemain telah melabur komitmen yang cukup tinggi sepanjang melalui saingan musim ini.