ARTIKEL

SU FC II, Sri Aman FA selangkah ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pasukan pilihan iaitu Sarawak United FC II (SU FC II) dan Sri Aman FA antara calon awal berkelebihan layak ke peringkat separuh akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS 2021.

Ia berikutan kejayaan meraih tiga mata berharga menerusi kemenangan masing-masing pada perlawanan peringkat kumpulan petang tadi.

SU FC II mencatat kemenangan tipis (2-1) ke atas Kapit FA pada perlawanan yang berlangsung di Padang Sintetik KKB, untuk mengungguli Kumpulan A.

Berbanding kemenangan selesa (3-1) dicatat Sri Aman FA ke atas tuan rumah iaitu Bintulu FA pada perlawanan di Padang Sintetik BDA, sekali gus mengungguli Kumpulan B.

Timbalan Pengerusi Kejohanan, Mohd. Saif Jubaidi memberitahu, saingan diteruskan esok hari yang turut menyaksikan dua perlawanan dilangsungkan.

Kapit FA sekali lagi akan turun ke gelanggang menentang Miri FA di Padang Sintetik BDA.

Sambil Samarahan FA yang akan turun menentang Bintulu FA di Padang Sintetik KKB. Kedua-dua perlawanan itu akan bermula pukul 4.00 petang.

MANTAP….Barisan pemain SU FC II.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi